Anjing jadi mangsa gaduh, kene peluru sesat


SEEKOR anjing cedera dikaki terkena tembakan dilepaskan seorang pegawai polis.

Dalam kejadian di Taman Merdeka dekat Ipoh itu, pegawai lelaki berusia 29 tahun dari unit Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta itu dikatakan datang ke rumah tunangnya.

Mereka kemudian bertengkar sebelum berlaku perkelahian sehingga menyebabkan pegawai terbabit melepaskan satu das tembakan.

"Tembakan itu telah mengenai kaki seekor anjing. Siasatan kita mendapati senjata api digunakan merupakan senjata yang dibekalkan untuk bertugas," kata Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dipetik Sinar Harian.

Difahamkan, selepas melepaskan tembakan, anggota terbabit yang berpakaian separuh uniform PGA sempat melarikan diri menaiki motosikal  milik Unit Rondaan Bermotosikal (URB) jenis Kawasaki sebelum berjaya ditangkap.

Hasil tangkapan itu, polis merampas motosikal digunakan, pistol jenis Walter P99 bersama dua megazine mengandungi 29 butir peluru.

Pada Jumaat lalu polis ada menerima laporan kehilangan pegawai terbabit yang sepatutnya bertugas di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Wang Kelian.

Polis dilapor telah mendapatkan perintah reman ke atas pegawai berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Motif kejadian masih dalam siasatan namun kita tidak menolak kemungkinan akibat salah faham ikatan pertunangan kerana kita dimaklumkan mereka nak putus tunang," katanya.

Post a Comment

0 Comments