BEKAS pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Menurut anaknya, Yazid yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah mengalami kerosakan otak.
Doktor memaklumkan bahawa mereka sekeluarga perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan. Sekiranya masih bertahan, Yazit jelasnya hanya mampu bergantung pada mesin pernafasan.
"Keadaan ayah sangat serius, dia mengalami kerosakan otak yang teruk.
"Doktor juga memberitahu, keadaannya sangat kritikal dan jika ayah bertahan, dia sekadar bergantung pada mesin semata-mata," katanya.
Yazid difahamkan mengadu sesak nafas, kira-kira jam 3.40 pagi semalam.
"Ketika dalam perjalanan ke HKL, jantung ayah terhenti seketika. Saat itu, hati saya tak tenang dan risau.
"Sejurus sampai ke hospital, ayah diberikan bantuan pernafasan (CPR). Mereka mengesan oksigen dan darah ayah tidak mengalir dengan betul.
BACA: Nik Nazmi hargai jasa penggiat seni
"Saya mohon kepada semua pihak doakan yang terbaik buat ayah saya," ujarnya.
Sebelum ini, Yazit pernah dimasukkan ke wad sama akibat masalah buah pinggang.