Remaja bertengkar maut kene tikam


PENTENGKARAN antara dua remaja berakhir tragedi apabila seorang diantara mereka maut.

Dalam kejadian di padang Taman Prima dekat Selayang semalam, mangsa seorang juruteknik berusia 23 tahun didatangi suspek sebelum bertengkar akibat perselisihan faham antara mereka.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, perselisihan itu berakir apabila suspek berusia 27 tahun itu  mengeluarkan pisau dan terus menikam mangsa.

Susulan itu tambahnya, orang ramai yang berada di lokasi kejadian menahan suspek tersebut, manakala beberapa rakan suspek dilapor melarikan diri.

“Suspek dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Gombak dan akan direman untuk membantu siasatan.

“Polis turut menemukan pisau dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut,” kata Samsor dalam kenyataan.

Difahamkan, mangsa cedera parah di leher dan disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang.

Semakan polis mendapati suspek memiliki tiga rekod kesalahan lampau berkaitan kesalahan dadah dan satu kesalahan jenayah.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Post a Comment

0 Comments