PIHAK polis kini mengambil pendekatan lebih proaktif dalam usaha menangani kes jenayah di kawasan kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara.
Pihak polis kini difahamkan akan menempatkan pegawai dan anggota mereka di 38 unit PPR di Kuala Lumpur bagi memperkemas lagi usaha meningkatkan keselamatan, kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat setempat.
“Penempatan pegawai dan anggota polis di PPR ini merupakan satu usaha bersama oleh polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menbanteras kegiatan jenayah di PPR.
“Sebarang maklumat berkaitan jenayah juga boleh disalurkan dengan segera kepada pegawai dan anggota polis yang mendiami kawasan perumahan itu,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim.
Mazlan sebelumnya hadir ke Inisiatif Wilayah Peduli Komuniti Sejahtera di Dataran Perumahan Awam Desa Rejang.
Tambahnya lagi, dengan cara ini, polis dapat mengesan sebarang jenayah yang berlaku di persekitaran kawasan itu dengan pantas.
Program itu akan dijalankan dengan jaringan kerjasama dan penglibatan agensi tempatan lain.
Mazlan berkata pada fasa pertama ini, anggota akan ditempatkan di 27 PPR antaranya PPR Seri Selangor, PPR Seri Alam, PPR Seri Sabah dan PPR Desa Rejang.

0 Comments