Rapat dengan Najib, Jho Low didakwa dalang surat 'Putera Arab'



AHLI
perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho didakwa mempunyai hubungan amat rapat dengan keluarga Najib Razak.

Saksi pendakwaan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas perdana menteri itu, Amhari Efendi Nazaruddin, 43, memberi tahu mahkamah bahawa hubungan rapat itu bermula sejak Jho Low diperkenalkan kepada Rosmah oleh anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz.

"Dalam pengetahuan saya, Rosmah Mansor juga sangat rapat dengan Jho Low kerana saya perasan Jho Low kerap menerima panggilan daripada Rosmah tetapi butiran perbualan mereka tidak pernah saya ambil tahu," katanya.

Jho Low dikatakan rapat dengan keluarga Najib
Amhari, pegawai khas Najib  berkata begitu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.

Melalui pernyataannya juga, Amhari mengambarkan Jho Low memegang tugas sebagai penasihat khas tidak rasmi kepada Najib dalam menjalankan tugas khas belakang tabir termasuk menguruskan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Individu itu juga digambarkan sebagai lebih tahu rancangan yang telah disusun oleh keluarga Najib yang berada di luar pengetahuannya sendiri sebagai pegawai khas kepada bekas perdana menteri itu.

"Jho Low sering memberitahunya bahawa beliau banyak kali berjumpa dengan keluarga Najib," katanya dipetik.

Saksi dakwa Jho Low diperkenalkan melalui Riza Aziz
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Sementara itu, Amhari juga dalam pernyataanya berkata, Jho Low merupakan individu bertanggungjawab menyediakan lima surat termasuk yang dikatakan dari Arab Saudi, untuk mengelakkan siasatan lanjut ke atas 1MDB.

BACA:
Saksi dedah modus operandi sulit Jho Low
BACA: DPP mahu bongkar 'drama' tutup jejak skandal 1MDB

Amhari berkata dokumen-dokumen itu diberikan kepadanya dan Azlin Alias, setiausaha peribadi Najib antara akhir tahun 2014 dan awal tahun 2015.

"Low menyediakan langkah-langkah mengawal kerosakan berkaitan dengan isu 1MDB yang dimainkan secara meluas oleh media, termasuk di New York Times, Wall Street Journal dan Sarawak Report pada masa itu." tambahnya.

Post a Comment

0 Comments