RAKYAT Indonesia bakal berkabung mulai hari bagi mengenang jasa-jasa bekas Presiden Indonesia ketiga, BJ Habibie yang menghembuskan nafas terakhirnya semalam.
Setiausaha Negara, Pratikno dalam kenyataanya mengesa rakyat di negara itu, pihak-pihak kerajaan dan perlembagaan negara di dalam dan di luar negeri mengibarkan bendera setengah tiang itu akan dilakukan selama tiga hari sehingga 14 September.
Indonesia berkabung tiga hari |
Semalam, BJ Habibie atau nama sebenarnya Bacharuddin Jusuf Habibie menghembuskan nafas terakhirnya disampin keluarga ketika dirawat di Hospital Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto.
Anak lelakinya, Thareq Kemal berkata, Allahyarham yang berusia 83 tahun sebelumnya dimasukkan ke hospital berkenaan susulan faktor usia dan masalah lemah jantung.
Malaysia tumpang pilu
Sementara itu, beberapa pemimpin negara turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga serta seluruh warga Indonesia di atas pemergian BJ Habibie.
Ucapan oleh Dr Mahathir |
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan yang besar kepada Indonesia khasnya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyampaikan ucapan belasungkawa menerusi laman sosial.
Belasungkawa dari Dr Wan Azizah |
“Belasungkawa atas pemergian Bapak Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) Mantan Presiden Republik Indonesia yang telah kembali mengadap KhalikNYA sebentar tadi,” titipnya di Twitter.
Berita kematian BJ Habibie turut mendapat reaksi sahabat karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang berduka dengan ketentuan itu menceritakan saat-saat Habibie bersama dengannya sewaktu melalui waktu getir dalam kehidupannya.
Anwar yang berduka dengan ketentuan itu menceritakan saat-saat Habibie bersama dengannya sewaktu melalui waktu getir dalam kehidupannya.
“BJ Habibie seorang individu yang saya anggap sebagai keluarga dan sangat prihatin tentang derita yang saya lalui semasa saya selesai operasi, bebas dari penjara di mana Allahyarham dan Allahyarhamah Ibu Ainun yang menjaga saya.
“Saya kesan sosoknya sederhana, bicaranya pintar dan panjang namun tidak sebagai seorang politisi biasa.
“BJ Habibie ini bicara dari keyakinan serta dari hati nurani. Perkara ini saya lihat sebagai sesuatu yang unik dari seorang tokoh dan pemimpin besar yang pastinya akan dirindui serta dikenang semua pihak,” ujar dalam satu status di Facebook.
Dimakamkan sebelah isteri
Hari ini, jenazah bekas presiden ketiga itu bakal dikebumikan bersebelahan dengan makam isterinya Ainun Habibie di Taman Pahlawan Kalibata, Jakarta Selatan.
Difahamkan, urusan pengebumian akan dipimpin oleh Presiden Joko Widodo.
"Selama ini Habibie selalu memberikan penyelesaian bagi setiap isu negara baik sahaja berkenaan ekonomi ataupun rakyat.
"Saya rasa beliau adalah negarawan yang patut dijadikan teladan.
"Setiap persoalan di negara kita baik soal ekonomi atau rakyat, beliau pasti akan memberikan penyelesaian dan kata-kata pendapatnya," kata Jokowi dipetik.

0 Comments