Zakir Naik puji Mahathir atas pentas PAS




KETIKA ada segelintir pemimpin pembangkang melihat Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai alat kepada DAP, lain pula pandangan Dr Zakir Naik.


Pendakwah kontroversi itu ketika menyampaikan pidato di Stadium Sultan Muhammad IV semalam memuji keberanian Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu terutama dalam membela umat Islam.


Ketika tidak ramai pemimpin Islam berani bersuara membela negara Islam yang tertindas, Dr Mahathir jelasnya seorang yang tegas.


Sikap itu tambahnya dapat dilihat apabila Dr Mahathir melontarkan bantahan terhadap kuasa besar dunia seperti AS dan United Kingdom (UK) yang mencetuskan perang dan konflik di Timur Tengah khususnya serangan ke atas Iraq.

Zakir Naik mengakui Dr Mahathir pemimpin Islam berani | Sumber - Google
 “Dr Mahathir adalah satu-satunya pemimpin Islam yang mewujudkan Tribunal Jenayah Perang (Kuala Lumpur) pada 2011 yang memutuskan bahawa UK dan AS telah membuat bukti palsu bahawa Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran.


“Tidak ada negara Muslim lain yang melakukannya kecuali Malaysia.Beliau (Dr Mahathir) adalah salah seorang daripada beberapa pemimpin Islam yang mempunyai keberanian,” katanya disusuli tepukan gemuruh hadirin.


Sebagai rekod, seorang pemimpin kanan PAS dalam satu sidang media di Pejabat Perhubungan PAS negeri Kelantan Mei tahun lalu pernah pernah membayangkan Dr Mahathir sebagai seorang yang mudah dipengaruh DAP.


Katanya, DAP akan menggunakan sesiapa saja untuk merebut kuasa termasuk dengan memperalat Dr Mahathir.


“DAP akan menggunakan sesiapa saja dan Tun Mahathir adalah antara satu strategi yang digunakan parti itu. Itulah cara mereka demi meraih undi Melayu,” katanya dipetik.


Persoalannya, Apakah seorang yang tegas mempertahan dunia Islam boleh tunduk dan menjadi alat kepada parti politik seperti dakwaan pemimpin kanan PAS itu?

Post a Comment

0 Comments