6 maut dalam kemalangan ngeri



ENAM orang termasuk lima sekeluarga maut dalam kemalangan ngeri dihadapan restoran D’Pegoh di Alor Gajah, Melaka malam tadi.

Menurut sumber, kesemua mereka yang menaiki dua buah kenderaan pacuan empat roda berasingan terbunuh ditempat kejadian selepas kenderaan tersebut bertembung secara berdepan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, lima sekeluarga terbunuh menaiki Isuzu D-MAX, manakala sorang lagi yang terbunuh memandu Mitsubishi Triton bersama anak perempuannya.

“Sebelum kejadian, treler dan Isuzu D-Max itu dalam perjalanan dari arah Melaka menghala ke Simpang Ampat, manakala Mitsubishi Triton pula dari arah bertentangan. 


Mangsa dikeluarkan JBPM | Sumber - Ami AL
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Mitsubishi Triton terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda lima sekeluarga itu,” jelas Asmadi.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan semua mangsa. Mayat kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.

Sementara itu, anak perempuan pemandu Mitsubishi Triton dilapor parah dan dihantar ke hospital sama.

Kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Post a Comment

0 Comments