Tun M tak sanggup diperalatkan


Ditengah krisis dalaman yang melanda parti KEADILAN, Dr Mahathir Mohammad mengeluarkan kenyataan terbaru dipercayai bagi mengulas mengenai penularan video intim yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin Ali.

Walaupun tidak menyebut nama Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu secara khusus, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, video terbabit dibuat dan ditular untuk tujuan politik pihak tertentu.

Tambahnya ia bertujuan untuk menghalang kejayaan politik bekas Menteri Besar Selangor itu.


“Tindakan yang diharap menyusul tayangan ini ialah penyingkiran individu yang disasar,” kata Perdana Menteri itu melalui hantaran di laman blog beliau, chedet.cc. 

Menurut Dr Mahathir lagi isu video seks ini akan ditangani secara politik. Beliau tidak mahu diperalatkan oleh pihak yang mempunyai rancangan berniat jahat.

“Ini bukan soal moral. Ini adalah masalah politik. Ia akan ditangani sebagai isu politik.

“Saya tidak sanggup diperalatkan. Jauh sekali oleh perancang yang berniat jahat dan mengguna politik kotor,” tegasnya.

Post a Comment

0 Comments