Kerajaan Madani perkukuh sistem perundangan dan kehakiman syariah

KERAJAAN MADANI terus mendukung agenda pengukuhan institusi perundangan dan kehakiman syariah secara komprehensif.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, usaha itu meliputi aspek penggubalan, penyemakan dan pindaan undang-undang syariah, penstrukturan Mahkamah Syariah selain penyediaan latihan komprehensif bagi meningkatkan kompetensi hakim dan pegawai di Mahkamah Syariah.
 
Pada masa sama katanya, hal ehwal berkaitan pendakwaan syariah, penguatkuasaan syariah serta guaman syarie turut diperkukuh terlebih dahulu untuk memperkasa sistem kehakiman syariah.

“Kesemua usaha yang diambil ini sebelum dilaksanakan akan melalui proses sewajarnya termasuk merujuk kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja," katanya ketika wawancara bersama wartawan Mehdi Hasan yang disiarkan di portal rasmi Bernama pada Isnin.

Sementara itu sebagai mengulas maklum balas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara bersama Mehdi Hasan sebelumnya berkenaan pelaksanan hudud di Malaysia Mohd Na'im menyatakan sokongan penuh terhadap jawapan perdana menteri.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

“Beliau dengan tegas menyebut tentang kepentingan memperkukuh perpaduan dan toleransi dalam kemajmukan masyarakat selain memastikan tadbir urus yang baik dalam pentadbiran.
 
“Kenyataan Perdana Menteri dalam isu tersebut adalah tepat dan berasas dengan mengambil kira Fiqh Al-Waqi’ (fiqh realiti) serta Fiqh Al-Awlawiyyat (keutamaan),” jelasnya.

Post a Comment

0 Comments