Khazanah diseru rancak pertumbuhan, kongsi kekayaan bersama rakyat

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Khazanah Nasional (Khazanah) terus memainkan peranan penting merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Pada ucapan di Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Khazanah Nasional di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada Selasa beliau berkata, usaha itu juga hendaklah dipastikan  agar agihan kekayaan yang diperoleh dikongsi untuk semua rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang juga Menteri Kewangan melalui ucapan di Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Khazanah Nasional di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada Selasa berkata, usaha itu selari tujuan pembentukan Khazanah ke arah pembangunan, pertumbuhan dan kesaksamaan.

"(Pembentukannya) adalah (untuk) memastikan ia (pertumbuhan ekonomi) seimbang, adil (maka) dia menyantuni kepentingan semua rakyat.

"Tambahan lagi dalam era tidak menentu, dengan apa yang disebut pasca normal ini, di mana sikap kita yang bebas dan merdeka, tetapi masih menekankan soal nilai.

"Jadi kita letakkan dan diberi amanah untuk terus memacu pertumbuhan ini, dengan mengambil sikap lebih terbuka, menjamin keuntungan negara dan rakyat serta tidak terikat ideologi tertentu sama ada Barat atau Timur," katanya yang juga Menteri Kewangan.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan serta Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.

Dalam pada itu Anwar turut mendedahkan pelaburan diluluskan sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini melonjak kepada RM160 bilion.

Lonjakan itu sekali gus menyaksikan peningkatan 18 peratus dalam pelaburan diluluskan berbanding tempoh sama tahun lalu,

"Semua pelaburan itu membabitkan hampir 3,000 projek baharu yang akan membuka lebih 79,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia," katanya.

Post a Comment

0 Comments