Selangor peruntukkan RM6 juta meriahkan Aidiladha

KERAJAAN SELANGOR pimpinan KEADILAN menyumbang 700 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing bagi menjayakan ibadah korban sempena Aidiladha yang bakal disambut Isnin depan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM6 juta bagi tujuan itu.

“Semua sumbangan ini akan diagih ke masjid dan surau di seluruh negeri,” katanya .

Amirudin berkata dalam mencapai kualiti ibadah korban yang terbaik, kerajaan negeri menetapkan syarat kepada pembekal seperti berat minimum untuk lembu ialah 270 kilogram (kg) manakala 100kg untuk kambing.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, kerajaan negeri tidak pernah terlepas menyumbang untuk ibadah korban. Moga manfaatnya dirasai oleh umat Islam yang memerlukan,” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar turut menghulurkan sumbangan bagi menceriakan sambutan Aidiladha tahun ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu menyumbangkan RM113,000 serta 42 ekor lembu kepada 29 masjid dan 13 surau di Parlimen Indera Mahkota pada Khamis.

Aumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau mengadakan pertemuan dengan ahli jawatankuasa masjid dan surau bagi kawasan Parlimen itu pada Khamis.

Post a Comment

0 Comments