PM Anwar serah sumbangan kepada Pusat Tahfiz

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan RM50,000 bagi pembangunan Pusat Tahfiz Madrasah Asyraful Madaris di Beserah, Pahang

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi ketika mengunjungi pusat tahfiz yang menempatkan 120 pelajar itu pada Khamis.

"Semoga sumbangan ini dapat memberikan lebih keselesaan kepada anak-anak untuk menuntut ilmu, insya-Allah," katanya menerusi hantaran di akaun Facebook pada Jumaat.

Sebagai rekod, Anwar yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan Belanjawan 2024 mengumumkan peruntukkan RM1.9 bilion bagi meningkatkan syiar Islam di negara ini.

Peruntukkan itu meningkat sebanyak RM400 juta, berbanding RM1.5 bilion pada Belanjawan 2023.

Beliau juga sering menganjurkan majlis-majlis Ilmu di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana Putrajaya.


Post a Comment

0 Comments