KPM pelawa orang ramai beri cadangan untuk pelan pendidikan baharu negara

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengajak orang ramai memberikan cadangan dan idea berkaitan pelan pendidikan baharu negara.

Kementerian melalui satu kenyataan berkata, pihaknya komited menjayakan agenda reformasi pendidikan demi manfaat generasi masa depan negara

Bagi tujuan itu Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 telah dibangunkan sebagai platform untuk memudahkan masyarakat memberi maklumat, cadangan dan idea untuk membantu pihak kementerian menggariskan pelan pendidikan yang lebih komprehensif dan holistik.

“KPM sedang dalam usaha menghasilkan pelan pembangunan pendidikan baharu bagi mengantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang hampir sampai ke penghujung.

“Selaras dengan konsep whole of society approach (pendekatan seluruh masyarakat), KPM mengalu-alukan cadangan daripada pelbagai pihak,” katanya.

Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 boleh diakses melalui pautan https://www.moe.gov.my/pelanpendidikan2026/public.

Cadangan boleh disampaikan dalam bentuk memorandum atau kertas cadangan berkaitan hala tuju pendidikan negara bermula pada 14 Mei lalu hingga 31 Disember ini.

Post a Comment

0 Comments