Bekas
Menteri Kewangan itu berkata, penyasaran subsidi diesel yang diumum
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selasa lalu dianggap sebagai
satu langkah amat terpuji, disebabkan keadaan ekonomi negara yang amat
tenat.
Ia jelasnya adalah jalan keluar bagi mengurangkan tanggungan kerajaan.
"Hutang
kita banyak, liabiliti kita dari segi jaminan untuk pinjaman yang
dibuat oleh kerajaan, badan berkanun dan juga syarikat besar adalah
banyak.
"Subsidi yang diberi begitu banyak dan kebanyakan subsidi
ini 'bocor'. Ia tidak dinikmati oleh golongan sepatutnya. Jadi,
sewajarnya kerajaan mencari jalan supaya yang patut menikmati subsidi
ini menikmatinya," katanya.
Tengku Razaleigh berkata begitu pada
acara dialog sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) pada Ahad.
Beliau sementara itu menyifatkan penyasaran subsidi yang mahu dilakukan oleh kerajaan pimpinan Anwar bukan sesuatu yang mudah.
"Tetapi
saya rasa niat dan usaha ditunjukkan pemerintah pada masa ini baik.
Sama ada berjaya atau tak kita tunggu dan tengok," tambahnya.
0 Comments