KERJASAMA Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi, dijangka akan membawa kelainan terutama di Kelantan dan Terengganu yang dikuasai Pas.
Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika menyentuh PRN akan datang berkata, beliau yakin gabungan itu boleh membawa perubahan di Kelantan dan Terengganu sekiranya diberi kepercayaan oleh rakyat untuk mengambil alih pentadbiran di negeri itu.
"Kita ada kolaborasi yang baik dengan BN di seluruh negeri... di Kelantan dan Terengganu pastinya gabungan ini sangat perlu diperkukuh.
"Kita harapkan kolaborasi antara PH dan BN itu akan dapat lakukan sesuatu kelainan dalam PRN khususnya di Kelantan dan Terengganu," jelasnya.
Mengulas mengenai calon dan jentera Amanah, ujar Salahuddin, perkara itu akan diputuskan pada Isnin depan.
![]() |
Kerjasama PH-BN beri kekuatan baharu |
"Insya-Allah kita boleh putuskan nama calon yang akan bertanding di PRN enam negeri itu. Saya rasa tidak ada masalah besar untuk Amanah kemukakan calon-calon terbaik," ujarnya lagi ketika ditemui pemberita di ibu negara pada Khamis.
0 Comments