Lim Kit Siang mahu saman Annuar Musa


BEKAS  Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang mengancam menfailkan saman terhadap Presiden Muafakat Nasional (MN) Annuar Musa selepas mengaitkannya dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Veteran DAP itu yang sebelum ini berkali-kali menafikan pembabitannya berkata buku didakwa Annuar mengandungi ucapannya mengapi-apikan isu Bumiputera dan bukan Bumiputera sebenarnya tidak wujud.

“Ia adalah khayalan Annuar.

“Saya telah mengarahkan peguam untuk memulakan tindakan untuk membersihkan nama saya,” katanya dalam kenyataan.

Annuar yang juga bekas menteri dan baharu menyertai PAS dalam ceramahnya di Kelantan mengaitkan DAP dan Lim dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Annuar berkata pertumpahan darah berlaku pada 13 Mei berlaku dalam pilihan raya umum pertama yang disertai DAP.

“Sekali pilihan raya tahun 1969 dia (Lim) berkempen atas nama DAP, sekali pilihan raya pertumpahan darah 13 Mei 1969 berlaku. DAP ada saham besar.

“Tuan-tuan buka ada satu buku yang menulis ucapan-ucapan Lim Kit Siang termasuk di saat pembunuhan berlaku di Kampung Baru, Lim Kit Siang tengah berucap di Kota Kinabalu masih lagi mengapi-apikan isu Bumiputera dan bukan Bumiputera dan sebagainya,” dakwa Annuar.


Dakwan Annuar Musa hanya khayalan
Sebagai rekod bekas Ketua Polis Negara (IGP) Mohammed Hanif Omar pada September 2021 memohon maaf di mahkamah terbuka untuk menyelesaikan saman fitnah terhadapnya oleh Kit Siang.


Ia berhubung penyiaran kenyataan Hanif yang mengaitkan penahanan Lim dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang diucapnya di Konvensyen Keramah Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 6 September 2018.

Post a Comment

0 Comments