Ahli Parlimen mahu Annuar Musa disiasat kerana didakwa fitnah dan menghasut


AHLI PARLIMEN  Kepong Lim Lip Eng pada Isnin membuat laporan laporan polis terhadap ahli baru PAS, Annuar Musa.

Ia susulan tindakannya mengaitkan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Melalui laporan polis tersebut Lip Eng menggesa polis menyiasat Annuar di bawah Seksyen 499, 504 dan 505 (b) Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan undang-undang lain yang berkaitan.

Annuar tegasnya telah membuat fitnah jenayah dengan penghinaan, provokasi dan kenyataan yang boleh menyebabkan ketakutan orang ramai dan memecahkan keamanan awam.

“Selama bertahun-tahun ramai yang melabelkan DAP sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan antiraja dan mengaitkannya sebagai salah satu punca yang membawa kepada 13 Mei. Ini semua pembohongan.

"Saya mahu polis menghentikan dan membawa semua orang yang membuat pembohongan dan tuduhan tidak berasas ini ke mahkamah atas pelbagai kesalahan mereka," katanya.

Annuar dalam satu ceramah di depan penyokong Pas baru-baru ini mendakwa DAP mempunyai "kepentingan" dalam rusuhan itu dan menuduh Lim mengapi-apikan isu bumiputera dan bukan bumiputera di Kota Kinabalu ketika pembunuhan berlaku di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Annuar memetik buku yang menurutnya memuatkan ucapan Lim. Bagaimanapun, Lim berkata buku itu tidak wujud dan hanya khayalan bekas Ahli Parlimen Ketereh itu.

Sementara itu, Lip Eng menggesa supaya naratif yang mengambarkan DAP sebagai anti Melayu dihentikan.


Berhenti main persepsi DAP anti Melayu
"Agong juga telah mengurniakan Kit Siang dengan gelaran 'Tan Sri' baru-baru ini. Ini adalah jelas bahawa Agong dan majlis raja-raja Melayu menerima DAP dan Kit Siang. Kami adalah sebahagian daripada kerajaan dan bukan anti kepada kaum atau agama tertentu," katanya.


Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menyatakan sokongan terhadap saman Kit Siang pada Annuar.

Dia kesal kerana Annuar akan terus mempermainkan isu 3R walaupun polis memberi amaran supaya tidak menggunakan isu sensitif dalam PRN.

Post a Comment

0 Comments