MENTERI BESAR KEDAH Muhammad Sanusi Md Noor digesa mengutamakan penyelesaian masalah air di negeri itu berbanding terus bermain drama politik murahan.
Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim membuat gesaan itu dalam melalui satu kenyataan media sebagai mengulas kenyataan Sanusi di laman Facebook yang seolah-olah menyerang Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ia susulan tindakan Saifuddin hadir ke sesi townhall di Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Jelajah Ikon Madani di Kedah dan Perlis baru-baru ini.
“Program ini pula berlangsung pada hari Sabtu dan kebetulan Saifuddin berada di Kedah di samping tugas hakiki beliau sebagai Menteri Dalam Negeri dan juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah. Jadi apa yang masalahnya beliau hadir penuhi jemputan penganjur?.
“Saya minta Sanusi fokus pada tugas dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Jangan merendahkan diri sendiri sebagai seorang MB dengan berperangai 'loqlaq' dan cara memperlekeh kerja orang lain
“Rakyat Kedah ramai yang merungut pasal isu air, minta Sanusi fokus dengan menyelesaikan masalah rakyat berkenaan isu air dari terus mencari kesalahan orang lain,” katanya pada Isnin.
Sanusi yang merupakan Pengarah Pilihan Raya parti PAS dalam satu hantaran Facebook cuba mempersoal kehadiran Saifuddin ke sesi townhall di UUM dan mendakwa Saifuddin mempunyai ‘masa’ untuk menyebarkan propaganda berbanding kerja hakiki sebagai menteri.
Beliau juga membuat tuduhan Saifuddin mengarahkan tiada sebarang rakaman dibuat pada sesi soal jawab itu.
Menjawab tuduhan itu Johari berkata, tidak timbul isu sesi itu dihalang dari dirakam, sebaliknya siaran langsung tidak dapat dibuat kerana isu capaian internet yang teruk.
"Rakaman telah dibuat dan akan disiarkan penuh di media sosial," tegasnya.
Dalam kenyataan sama, Johari turut menempelak sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu yang tidak menyentuh isu air Kedah yang mendapat perhatian ramai mahasiswa.
Sebaliknya kata Johari, Sanusi hanya mempergunakan mahasiswa untuk meraih sokongan politik demi survival jawatan sebagai menteri besar.
“Kita mengambil pendekatan untuk menjelaskan isu-isu yang berbangkit secara terbuka dan penuh tanggungjawab berbanding pendekatan Sanusi yang tidak lebih dari sekadar bertujuan mengalih perhatian terhadap kegagalan menguruskan isu air dengan membangkitkan isu tuntutan kedah ke atas Pulau Pinang.
![]() |
| Rakyat Kedah perlu buat pilihan tukar kerajaan |
“Pendekatan dalam program di Universiti Utara Malaysia ini cukup jauh berbeza dengan cara Sanusi yang mengumpulkan mahasiswa di kediaman rasmi menteri besar dan kemudiannya mahasiswa diminta berikrar untuk menyokong Pas, ini sikap terdesak Sanusi,” dakwanya.



0 Comments