DAERAH Sabak Bernam yang terletak di kawasan barat laut negeri Selangor bakal menjadi hub perikanan terbesar di Selangor.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari pada Jumaat memaklumkan dua projek utama membabitkan pelabuhan perikanan dan sektor pemprosesan berskala besar bakal dijalankan di bawah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI)melalui inisiatif Rancangan Selangor Pertama (RS-1).
“Besar hasrat kita menjadikan Sabak Bernam sebagai pusat utama pengeluaran barang pertanian Malaysia serta memberi peluang pekerjaan kepada generasi muda serta petani dan nelayan di kawasan ini.
“Inisiatif ini membolehkan petani dan perikanan berskala kecil meningkatkan pengeluaran tempatan, menyesuaikan diri dengan perubahan iklim lebih baik serta mewujudkan peluang komersial.
"Kami juga yakin dapat menjadikan Sabak Bernam sebagai pusat pelancongan lestari yang berpusat pada produk dan aktiviti tempatan serta menyumbang kepada kemakmuran jangka panjang negeri Selangor,” katanya di Majlis Pengenalan Pembangunan Kawasan (SABDA) di Nazbell Cottage & Garden Sungai Besar semalam.
Difahamkan dua projek yang akan dibangunkan itu adalah pembangunan kilang pemprosesan dan pembungkusan tuna da ikan laut pertama di Malaysia dan akan dibangunkan di Sungai Lang, manakala projek kedua adalah pembangunan pelabuhan pendaratan ikan bersepadu pertama Malaysia di Sekincan.
Amirudin sementara itu menambah, dua projek itu juga bertujuan menyokong matlamat keterjaminan makanan jangka panjang negeri itu dalam menyediakan bekalan makanan ruji yang mencukupi dan berterusan bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan.
Ia dijangka akan menyediakan lebih 7,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 10 tahun selain menarik pelaburan sekitar RM600 juta.
“Kami mahu menarik lebih ramai belia untuk terlibat dalam pembangunan di kawasan ini dengan penggunaan teknologi terkini sebagai pemacu utama.
“Hal ini pastinya melibatkan pelabur dan syarikat swasta untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri melalui MBI Selangor,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor itu lagi.

![]() | |
Projek baru jana pendapatan dan buka peluang kerja |

0 Comments