PM seru jangan terpedaya dengan dakyah palsu pemimpin perosak


RAKYAT  di negera ini di ingatkan untuk tidak mempercayai naratif perkauman yang terus dimainkan 'pemimpin perosak'.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, ada pihak sentiasa mempertikaikan sebarang bentuk bantuan yang disalurkan kerajaan kepada kaum bukan Melayu dan kemudian memainkan naratif perkauman palsu dan fitnah kononnya orang Melayu sudah hilang kuasa.

Tegas Presiden parti KEADILAN itu, beliau yang baru mengambil alih kepimpinan kerajaan pada November lepas, terpaksa menyusun kerangka ekonomi dalam keadaan situasi negara yang mempunyai pelbagai masalah termasuk menangani isu kemiskinan yang bukan hanya membabitkan sesuatu kaum tertentu sahaja.
 
“Saudara tahu negara ini sekarang menghadapi pertarungan besar iaitu (ada) membangkitkan sentimen seolah-seolah orang-orang Melayu hilang kuasa, jadi miskin dan Anwar sebagai perdana menteri hanya nak jaga Cina dan India sahaja. Ini naratif fitnah dan tidak benar yang dibawa.
 
"Betul saya sebut tentang beberapa projek untuk orang India, tetapi tidak kurang projek untuk masyarakat desa dan orang Melayu,” jelasnya.

"Keseluruhan dasar tidak akan berasaskan kaum, tetapi berasaskan keperluan. Jika kita bercakap mengenai kemiskinan, ia mengenai kemiskinan.

“Saya memerlukan sokongan anda. Kebanyakan dasar mengambil berat semua Melayu, India, Cina, Iban dan Kadazan." tegasnya.

Anwar sebelumnya berucap pada program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India di Pusat Konvensyen Shah Alam, di Shah Alam pada Sabtu.

Kerajaan Perpaduan ambil berat semua kaum
Pada masa yang sama, Anwar turut menyeru pimpinan masyarakat India di negara ini supaya bersepakat tanpa mengira pandangan politik untuk satu hala tuju membangunkan kembali negara.

Beliau berkata walaupun dalam kalangan pemimpin biasanya berbeza pandangan politik dan dasar serta kadang-kadang ada yang mempunyai pandangan yang keras namun melalui kesepakatan akan memudahkan beberapa rangka yang dipilih kerajaan.
 

Post a Comment

0 Comments