PM pelawa warga Pulau Pinang hadir sesi 'Temu Anwar' esok


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa rakyat Pulau Pinang hadir ke sesi Temu Anwar yang bakal diadakan di negeri itu esok.

 Melalui catatan di laman Facebooknya, Anwar memaklumkan sesi tersebut akan diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM) pada jam 3 petang

“Seperti kebiasaan, saya akan menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh peserta yang hadir. Kita jumpa esok!” katanya.

Temu Anwar merupakan program dialog anak muda bersiri dan sinonim dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu.

 Rakyat sekitar Pulau Pinang dijemput hadir
Ia  khusus bagi memberi peluang kepada sesiapa sahaja terutama anak muda bertanyakan soalan secara terus kepadanya dan disiarkan secara langsung.

Program ini telah dilaksanakan sejak 2009 dan terus mendapat sambutan sehingga kini.

Orang ramai yang berminat menghadiri sesi itu esok boleh membuat pendaftaran   menerusi laman web www.temuanwar.com.

Post a Comment

0 Comments