Kontrak RM214.2 juta: SPRM mesti berani siasat Mahathir - Puad Zarkashi


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
(SPRM) digesa menyiasat Dr Mahathir Mohamad susulan pendedahan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kaitan anak bekas perdana menteri itu dengan Opcam Sdn Bhd.

Gesaan itu disuarakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi melalui hantaran di Facebooknya.

“Tun M mesti disiasat dan didakwa segera. SPRM memang biasa buka fail lama. Kalau PMX (Anwar) berani, SPRM mesti lebih berani.

“Pernyataan pembelaan oleh perdana menteri di Mahkamah Tinggi Shah Alam amat serius,” katanya.

Perdana Menteri melalui dokumen pembelaan terhadap saman difailkan Mahathir mendedahkan kaitan syarikat tersebut yang didakwa menerima kontrak gantian optik bernilai RM214.2 juta daripada Telekom Malaysia Berhad (Telekom) pada 2003

Mahathir adalah perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu, manakala anak ketiganya, Mukhriz adalah pengarah Opcom.

Puad sifatkan pendedahan Anwar sangat serius
Telekom adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mana Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) memegang satu saham khas yang memberikannya kuasa untuk menolak keputusan lembaga dan pemegang saham lain.

Anwar berkata, MKD pada masa itu berada bawah kawalan dan arahan Mahathir selaku perdana menteri dan menteri kewangan.


Post a Comment

0 Comments