DATUK SERI ANWAR IBRAHIM pada Selasa mengumumkan berita gembira buat pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Melalui satu kenyataan, beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan kerajaan telah bersetuju bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan JPA bagi peringkat persediaan hingga Ijazah Lanjutan bagi pengajian dalam dan luar negara.
Tambah beliau, ia membabitkan kenaikan 15 peratus kadar ESH bagi pelajar tajaan JPA di luar negara kecuali kepada pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom (UK) (telah dinaikkan pada 7 November 2022.
Ini termasuk kenaikan RM100 kadar ESH sebulan bagi pelajar tajaan JPA di dalam negara mengikut peringkat pengajian.
“Kenaikan kadar ESH ini merupakan salah satu usaha kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang tinggi khususnya pelajar-pelajar B40 yang tinggal di bandar-bandar besar negara pengajian,” katanya.
Menurut kenyataan sama, sebanyak 43,595 orang pelajar bakal mendapat manfaat itu dengan kerajaan akan menaggung implikasi kewangan dengan anggaran RM52.03 juta bagi tempoh enam bula mulai bulan hadapan.
![]() |
K'jaan sentiasa usaha ringan beban kumpulan sasar |
Pada masa sama, beliau berkata, bantuan ini bagi memastikan memastikan penawaran penajaan kerajaan adalah kekal releven dan berprestij.
0 Comments