RM500 juta untuk program stabilkan harga minyak masak


KERAJAAN PERPADUAN
memperuntukkan RM500 juta bagi pelaksanaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) pada tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, jumlah yang diperuntukkan bagi progeram itu meningkat berbanding hanya RM400 juta bagi tahun lalu.

Jelasnya, jumlah peruntukan untuk menyediakan minyak sawit bersubsidi itu tertakluk kepada harga minyak sawit mentah (cpo).

"Sekiranya harga cpo meningkat maka dana yang diperlukan untuk melaksanakan program juga turut meningkat.

"Jumlah peruntukkan yang diperlukan adalah berdasarkan ketetapan dasar bagi menyediakan sebanyak 60 ribu metrik tan sebulan atau kira-kira 60 juta paket sekilo, sebulan," jelas Fuziah di Dewan Rakyat.

Beliau sebelumnya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang mahu pihak kementerian menyatakan berapa dana wang dan tan subsidi minyak masak yang telah diluluskan pada tahun 2022 dan 2023 serta syarikat diluluskan.

366 syarikat dilantik bekal minyak bersubsidi
Sementara itu tambah Fuziah, peruntukan dikemas kini bagi menyediakan kos pada 2022 adalah sebanyak RM2.42 bilion dan pada tahun ini sebanyak RM1.6 bilion tertakluk kepada pergerakan pergerakan naik turun harga cpo.

KPDN telah melantik 366 syarikat pembungkus di seluruh negara bagi membekalkan minyak masak bersubsidi dalam pasaran.

Post a Comment

0 Comments