Rafizi sanggah Abdul Hadi, tiada siapa ajak PAS sertai kerajaan


TIMBALAN PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Rafizi Ramli menafikan dakwaan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang kononnya ada pihak menawarkan PAS menyertai Kerajaan Perpaduan.

Tegas Ahli Parlimen Pandan itu, pihaknya tidak mengetahui bagaimana Abdul Hadi boleh membangkitkan perkara itu sedangkan beliau terlibat secara langsung dalam pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lepas.

"Saya tak pernah dengar (dakwaan PAS ditawarkan masuk Kerajaan Perpaduan) (sedangkan) saya adalah antara tiga individu dalam KEADILAN yang banyak merundingkan pembentukan Kerajaan Perpaduan selain (Presiden) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan (Setiausaha Agung) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

"Saya tidak tahu ini cerita zaman bila tapi saya boleh bagi tahu, sepanjang saya terlibat dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan, saya tidak tahu langsung tentang perkara ini (tawaran), kecualilah ada sesiapa yang lain (yang buat tawaran)," katanya kepada pemberita.


Abdul Hadi mesti buktikan dakwaan dibuatnya

Pada Ahad, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata pernah dihubungi beberapa kali oleh “orang tertentu” yang didakwa menawarkan PAS menyertai Kerajaan Perpaduan.


Bagaimanapun Abdul Hadi seperti kebiasaan tidak mendedahkan secara terperinci dakwaan dibuatnya itu.

Post a Comment

0 Comments