PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan mungkin
terlupa bahawa dia pernah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di
Parlimen Pagoh dengan undi dari penyokong DAP.
Andaian itu dibuat
Setiausaha Agung DAP, Athony Loke Siew Fook sebagai mengulas kenyataan
Muhyiddin baru-baru ini bahawa gesaan agar ahli UMNO menyokong DAP pada
PRN di enam negeri sebagai sesuatu yang janggal selain bertentangan
dengan dasar parti.
"Beliau mungkin lupa... beliau dulu pun bersama dengan PH (Pakatan Harapan), sudah tentu (beliau) berkempen untuk DAP dan PH.
"Begitu
juga DAP berkempen untuk beliau di kawasan (Parlimen) Pagoh, kalau
bukan kerana pengundi PH memberikan undi kepada beliau, tidak mungkin
beliau menang pada PRU14, atas sokongan pengundi PH juga," kata Menteri
Pengangkutan itu pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur
pada Isnin.
Sebelum ini seorang lagi pemimpin DAP menempelak sikap bingung ditunjukkan Muhyiddin Yassin itu.
![]() |
Muhyiddin lupa pernah kempen bersama DAP |
"Dalam satu ucapan pada Januari 2018, beliau pernah memberitahu prinsip PPBM, siapa bertanding atas Pakatan Harapan, DAP, Amanah atau Keadilan, kita sokong 100 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
0 Comments