Sultan Iskandar terima menghadap Perdana Menteri


SULTAN JOHOR
,  Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Khamis berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan yang berlangsung di Istana Bukit Serene itu dikongsikan Sultan Ibrahim melalui satu hantaran di laman Facebook Rasminya dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.

Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sultan Iskandar kongsikan pertemuan dengan PM
Menurut hantaran itu, Perdana Menteri pada pertemuan itu turut menyembah maklum perkembangan pembangunan negara dan juga negeri Johor.

Sultan Johor kemudian turut berkenan memandu sendiri kenderaan untuk menghantar Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Post a Comment

0 Comments