PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pemasangan papan iklan (billboard) baru berkait dirinya dan “kerajaan Madani” yang menggunakan peruntukan kerajaan dihentikan serta-merta.
Bercakap kepada pemberita di Alor Setar semalam, Anwar menegaskan pemasangan papan iklan berkenaan di seluruh negara tidak mendapat persetujuannya dan kelulusannya.
"Saya datang dalam perjalanan ke Alor Setar, dan semalam beritahu tentang billboard Anwar dan Madani itu di seluruh negara, ini tidak mendapat persetujuan dan kelulusan saya.
"Saya sudah beritahu tidak payah belanja ini, dijawab oleh jabatan yang berkenaan bahawa peruntukan ini peruntukan lama dan oleh kerana pertukaran perdana menteri dan kerajaan (maka) ia dipindahkan," katanya.
Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau menghormati pegawai yang terlibat dalam pemasangan papan iklan seumpama itu kerana meneruskan dasar sedia ada.
![]() |
Pemasangan dilakukan tanpa pengetahuan PM |
"Dalam keadaan saya tidak dimaklum, saya tidak boleh bagi keputusan. Sekarang bila saya telah dimaklum, keputusan saya adalah saya tidak mahu dana kerajaan digunakan untuk buat ‘billboard-billboard’ besar,”
"Jadi saya arahkan (penghasilan) billboard baru dihentikan, kekal yang ada sahaja,” katanya.
0 Comments