RAKYAT Malaysia yang akan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri hujung minggu ini dinasijatkan supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.
Nasihat itu disampaikan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas menyampaikan duit raya dan cenderahati serta mengucapkan selamat jalan kepada penumpang bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan semalam.
"Ungkapan berhati-hati di jalan raya jangan hanya slogan sahaja tetapi diamalkan.
"Saya ingin mengucapkan kepada semua Selamat Hari Raya. Balik kampung elok-elok ," kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.
Statistik dalam laporan Perangkaan Sebab Kematian Malaysia 2021 menunjukkan kemalangan jalan raya merupakan sebab kedua tertinggi bagi kematian dalam kalangan mereka yang berusia 15 hingga 40 tahun melibatkan 1,741 kes.
Manakala bagi kumpulan berusia 0 hingga 14 tahun ia punca kematian paling tinggi diikuti pelbagai penyakit lain dan mati lemas.
![]() |
Dr Wan Azizah sampaikan sumbangan raya |
Jumlah itu menurutnya menunjukkan peningkatan pengguna pengangkutan awam .
0 Comments