Usaha wujudkan ekosistem selamat untuk pelajar sekolah diperkukuh

 


KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) mengambil satu lagi langkah proaktif dalam menjamin keselamatan pelajar semasa berada di Sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek memaklumkan pihak kementerian akan memeterai kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) minggu depan bagi menerapkan Kod Sukan Selamat di sekolah.

Penerapan kod itu yang selaras hasrat kementerian mewujudkan ekosistem selamat untuk anak-anak bersukan dan dilindungi termasuk gangguan seksual, buli dan pengantunan akan terpakai untuk semua jenis kejohanan sukan di peringkat KPM.
 
"Intipati Kod Sukan Selamat ini antara lain ia adalah pengiktirafan berdasarkan olimpik punya kod.

"Yang kedua, ia merangkumi banyak aspek khususnya tentang etika perlindungan dan peranan ibu bapa komuniti sukan secara keseluruhan dan akhirnya pastilah berkait rapat dengan akses untuk membuat aduan sekiranya ada kes-kes melibatkan gangguan seksual, buli dan sebagainya, kata Fadhlina yang juga Ketua Wanita KEADILAN itu.

Fadhlina berkata begitu ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023 dan Seminar Kejurulatihan Sukan, di Putrajaya semalam.

Usaha wujudkan persekitaran sekolah yang selamat
Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina turut memberi jaminan tidak akan timbul isu kenaikan harga makanan di kantin sekolah.

Ini kerana jelasnya harga makanan di kantin sekolah adalah termaktub di dalam garis panduan dan perjanjian antara pengusaha, pihak sekolah dan kementerian.

Post a Comment

0 Comments