PROSES rundingan dan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (HARAPAN) Negeri Sembilan dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka selesai sebelum DUN dibubarkan.
Menteri Besar, Datuk Seri Seri Aminuddin Harun berkata setakat ini perbincangan telah diadakan dan tidak timbul masalah atau isu besar antara kedua-dua gabungan berkenaan untuk bekerjasama mengekalkan pentandiran negeri.
"Sekarang kita bersama dengan BN, kami telah adakan perjumpaan...Dalam masa terdekat atau sebulan dua lagi kami dapat selesaikan isu pembahagian kerusi, selepas itu terpulang kepada parti untuk menentukan calon masing-masing.
"Saya rasa semangat itu yang perlu ada dan saya yakin BN dan HARAPAN mempunyai cara bersama untuk kita saling menghormati apa juga keputusan pimpinan, itu yang paling penting," katanya.
Aminuddin yang juga Pengerusi HARAPAN ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri pada Rabu.
Pada 7 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia mengumumkan penubuhan tiga jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik bagi menghadapi PRN di enam negeri.
![]() |
Rundingan selesai menjelang pembubaran DUN |
Sementara itu, Aminuddin ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa partinya akan melantik Menteri Besar dalam kalangan pemimpinnya berkata kenyataan itu dianggap sebagai perkara biasa yang tiada apa-apa tawaran istimewa.
0 Comments