PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mencuba sendiri Menu Siswa Rahmah yang baharu diperkenalkan institusi pengajian tinggi.
Hadir ke Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi sebelum solat Jumaat semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu sembat mencuba beberapa menu antaranya ikan keli sambal, sayur dan ikan goreng.
Beliau turut mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dengan orang ramai yang turut berada di kafetaria tersebut.
Selain wakil pelajar, Perdana Menteri turut ditemani Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman serta barisan kepemimpinan tertinggi dan pengurusan universiti.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal; Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof Emeritus Datuk Dr Mohamad Abd Razak dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Abdul Razak Jaafar tuurt hadir meraikan kunjungan Perdana Menteri itu.
Sebagai rekod, Menu Siswa Rahmah adalah inisiatif KPT, dengan sajian pada harga serendah RM3.50.
Ia yang ditawarkan di 20 universiti awam (UA) seluruh negara serta politeknik bagi memberi manfaat kepada kira-kira 320,000 pelajar UA daripada kumpulan keluarga B40.
Selesai menjamu selera, Anwar menyertai kira-kira 2,000 jemaah, termasuk warga UKM menunaikan solat Jumaat di Masjid UKM, yang terletak kira-kira 500 meter dari Kafeteria Randau Rasa.
Hadir ke Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi sebelum solat Jumaat semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu sembat mencuba beberapa menu antaranya ikan keli sambal, sayur dan ikan goreng.
Beliau turut mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dengan orang ramai yang turut berada di kafetaria tersebut.
Selain wakil pelajar, Perdana Menteri turut ditemani Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman serta barisan kepemimpinan tertinggi dan pengurusan universiti.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal; Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof Emeritus Datuk Dr Mohamad Abd Razak dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Abdul Razak Jaafar tuurt hadir meraikan kunjungan Perdana Menteri itu.
Sebagai rekod, Menu Siswa Rahmah adalah inisiatif KPT, dengan sajian pada harga serendah RM3.50.
Menu Siswa Rahmah bantu ringan beban pelajar |

0 Comments