KEMENTERIAN Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang memperluas operasi helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi kemudahan perkhidmatan air-ambulance atau ambulans udara.
Menterinya, Nga Kor Ming, berkata melalui langkah itu, ia akan membantu kerajaan menjimatkan sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.
“Satu penggal, lima tahun kita boleh jimat RM75 juta kerana amalan kerajaan dahulu, dia outsource (sumber luar) kepada sektor swasta, kosnya RM20 juta setahun.
“Apabila JBPM ambil alih, setahun boleh jimat RM15 juta dan ini adalah satu lagi inisiatif menuju ke arah Malaysia Madani,” katanya.
Nga berkata begitu ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Khamis.
Mengulas lanjut cadangan itu, beliau berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya perkhidmatan itu dapat diperkenalkan sebelum hujung tahun ini.
Difahamkan melalui perkhidmatan ambulans udara, antara lain, adalah bagi usaha menyelamat mangsa di kawasan pedalaman dan kes kemalangan jalan raya di lebuh raya.
Menterinya, Nga Kor Ming, berkata melalui langkah itu, ia akan membantu kerajaan menjimatkan sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.
“Satu penggal, lima tahun kita boleh jimat RM75 juta kerana amalan kerajaan dahulu, dia outsource (sumber luar) kepada sektor swasta, kosnya RM20 juta setahun.
“Apabila JBPM ambil alih, setahun boleh jimat RM15 juta dan ini adalah satu lagi inisiatif menuju ke arah Malaysia Madani,” katanya.
Nga berkata begitu ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Khamis.
Langkah untuk jimatkan perbelanjaan negara |

0 Comments