Polis digesa segera siasat Hamzah Zainuddin

DAKWAAN Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mendakwa memiliki fail melibatkan pemimpin kerajaan terus menjadi polemik.

Pada Jumaat enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi mendesak siasatan terhadap bekas Menteri dalam Negeri itu dijalankan.

Datuk Yusoff Ahmad yang mewakili NGO itu menegaskan kenyataan Ketua Pembangkang itu satu kesalahan jenayah memandangkan beliau bekas Menteri dalam Negeri.

Beliau turut mendakwa Hamzah bersubahat dalam menyembunyikan fail tersebut dan tindakan itu jelas tidak berintegriti.

“Kami berharap polis dapat mengambil tindakan sewajarnya dalam masa tempoh 14 hari daripada tarikh laporan dibuat.

“Semoga perjuangan kami ini tidak akan disia-siakan dan Malaysia akan makmur di bawah Kerajaan Perpaduan, di bawah kerajaan Malaysia Madani,” kata Yusoff selepas selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat.

Dakwaan Hamzah benar atau sekadar propa?
Hamzah pada 12 Mac lepas memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak terlalu kerap mencari kesalahan pemimpin pembangkang.

Katanya, sebagai bekas Menteri dalam Negeri, beliau juga boleh mencari kesalahan pemimpin kerajaan. Ahli Parlimen Larut itu berkata ada banyak fail pemimpin kerajaan, tapi masih berfikir mahu menggunakannya atau tidak.
 

Post a Comment

0 Comments