MENTERI KESIHATAN, Dr Zaliha Mustafa mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menaik taraf peralatan dan perkhidmatannya.
Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke HKL pada Jumaat, beliau berkata, peruntukan tersebut adalah bagi aset inventori untuk hospital kerajaan terbesar di Malaysia dan telah berusia lebih 150 tahun itu.
“Sebenarnya HKL memerlukan lebih daripada RM1 juta, tetapi buat masa sekarang kita meluluskan RM1 juta dahulu.
“Ini adalah untuk aset inventori HKL,” kata Ahli Parlimen Sikijang itu.
Sementara itu, Zaliha ketika mengulas mengenai cadangan untuk mendigitalkan rekod pesakit di HKL berkata, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan peruntukan khas bagi membangunkan sistem tersebut.
Dengan kira-kira 16,000 data pesakit sehari, beliau menyifatkan cadangan itu akan dapat membantu memudahkan akses dan penyimpanan data yang ketika ini dijalankan secara manual.
"Langkah pendigitalan itu dapat membantu memudahkan pengurusan di HKL terutamanya dari aspek menyimpan data rekod pesakit dengan lebih efisien.
"Kita akan memberikan peruntukan khas untuk langkah ini, Insha Allah,” katanya.
Terdahulu, beliau mendengar taklimat daripada Pengarah HKL, Datin Dr Rohana Johan berkaitan perkembangan hospital itu serta merasmikan Coffee Book COVID-19 HKL.
Buku tersebut menceritakan pengalaman petugas HKL melawan wabak Covid-19 tiga tahun lepas bagi memberi inspirasi kepada semua dan mengangkat peri pentingnya peranan yang dimainkan oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
Buat masa ini, buku berkenaan tidak dijual kepada umum dan hanya untuk bahan bacaan di perpustakaan HKL.
Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke HKL pada Jumaat, beliau berkata, peruntukan tersebut adalah bagi aset inventori untuk hospital kerajaan terbesar di Malaysia dan telah berusia lebih 150 tahun itu.
“Sebenarnya HKL memerlukan lebih daripada RM1 juta, tetapi buat masa sekarang kita meluluskan RM1 juta dahulu.
“Ini adalah untuk aset inventori HKL,” kata Ahli Parlimen Sikijang itu.
Sementara itu, Zaliha ketika mengulas mengenai cadangan untuk mendigitalkan rekod pesakit di HKL berkata, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan peruntukan khas bagi membangunkan sistem tersebut.
Dengan kira-kira 16,000 data pesakit sehari, beliau menyifatkan cadangan itu akan dapat membantu memudahkan akses dan penyimpanan data yang ketika ini dijalankan secara manual.
"Langkah pendigitalan itu dapat membantu memudahkan pengurusan di HKL terutamanya dari aspek menyimpan data rekod pesakit dengan lebih efisien.
"Kita akan memberikan peruntukan khas untuk langkah ini, Insha Allah,” katanya.
Usaha tingkat keupayaan operasi hospital |

0 Comments