Langkah PM tambah baki KWSP tindakan terbaik - penganalisis


LANGKAH  pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada dua juta pencarum mampu memulihkan semula dana caruman mereka.

Keputusan yang memberi impak hampir RM1 bilion kepada kerajaan itu menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia Dr Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin merupakan langkah terbaik untuk pencarum menghadapi hari persaraan mereka kelak.

“Jumlah RM500 ini sekiranya terus kekal di dalam tabungan dana caruman, mereka yang berusia 40 tahun ketika ini akan mempunyai tambahan nilai lebih daripada 100 peratus atau RM1,039.46 apabila mencecah usia 55 tahun,” katanya dipetik Bernama.

Muhammad Iqmal turut langkah mendesak supaya pengeluaran KWSP dibenar sekali lagi sebagai tindakan kurang sesuai terutama ketiadaan situasi kecemasan atau keperluan yang benar-benar mendesak.
 
Anwar yang juga Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Feb lalu mengumumkan pengangihan itu kepada ahli KWSP yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan kurang RM10,000 dalam Akaun 1 mereka.


Langkah terbaik untuk kepentingan pencarum KWSP
Beliau turut menyatakan kebimbangan kepada jumlah baki simpanan dimiliki pencarum setelah empat pengeluaran sebelum ini yang sekaligus menyebabkan bilangan ahli aktif yang mencapai Simpanan Asas RM240,000 pada usia 55 tahun menurun daripada 36 peratus pada 2020 kepada 29 peratus pada akhir 2022.


Sementara itu Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya Nurulhuda Mohd Satar berkata isu jaminan sosial selepas persaraan merupakan satu masalah yang semakin meruncing terutamanya mereka yang tidak mampu untuk membuat simpanan persaraan selain daripada KWSP.

“Pada masa ini kita (pencarum) perlu memikirkan kesan jangka panjang atau sebarang inisiatif yang dilaksanakan, terutama sekali dalam menghadapi keadaan ekonomi yang masih lagi tidak menentu.

"Secara dasarnya, faedah daripada langkah ini akan membawa pulangan kepada pencarum sendiri apabila pertumbuhan ekonomi dapat dijana dengan lebih pantas," jelas Nurulhuda.



Post a Comment

0 Comments