KERAJAAN Negeri Sembilan pimpinan KEADILAN bersetuju menaikkan elaun guru takmir di seluruh negeri itu.
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun, dengan kenaikan elaun RM50 itu, seramai 289 orang guru takmir akan menikmati elaun berjumlah RM600 sebulan.
“Kerajaan Negeri Sembilan sedar bahawa guru-guru takmir sangat penting dalam menyampaikan ilmu agama Islam kepada masyarakat akar umbi.
“Justeru sebagai menghargai sumbangan guru-guru takmir dalam mendidik masyarakat, Kerajaan Negeri bersetuju menambah elaun mereka sebanyak RM50 sebulan bersamaan dengan RM600.
“Besarlah harapan saya agar penambahan elaun ini dapat membantu mereka dalam menegakkan syiar Islam di samping menyampaikan ilmu kepada masyarakat Islam di seluruh negeri, insya-Allah,” katanya dalam hantaran Facebook.
![]() |
Sebagai menghargai usaha angkat syiar Islam |
Beliau turut berharap kenaikan elaun ini akan terus menyuntik semangat buat para guru yang telah berjaya mendidik anak bangsa memahami dan mendalami ilmu agama menjadi insan berakhlak dan berintegriti.
0 Comments