AMK Perak buat laporan polis terhadap Peja


ANGKATAN MUDA KEADILAN
(AMK) Perak memfailkan satu laporan polis terhadap Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) , Ahmad Faizal Azumu yang didakwa membuat kenyataan biadap terhadap Perdana Menteri.

Ketua AMK Perak, Zaim Sidqi Zulkifly berkata, kenyataan Ahmad Faizal pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Ahad lalu dianggap angkuh dan tidak wajar sama sekali selain menjejaskan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami merasakan ucapan Peja ketika itu sangat biadap dan angkuh. Sudahlah, cukup-cukuplah, terimalah kekalahan di Tambun (pada Pilihan Raya Umum Ke-15).

“Sekarang kita fokus untuk membina sebuah negara yang lebih baik di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah konsep Malaysia Madani,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam.

Terdahulu, Zaim Sidqi menunjukkan kepada media klip video berdurasi 34 saat yang memaparkan Ahmad Faizal sedang berucap pada perhimpunan itu.

Dalam ucapannya, Ahmad Faizal secara sinis menyebut Anwar yang menang di Tambun pada PRU-15 sebagai penipu.

Sementara itu menurut Zaim Sidqi, laporan polis tersebut dibuat supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan berhubung kenyataan yang bukan sahaja boleh menimbulkan kekacauan itu.

AMK gesa rakyat tolak parti amal politik fitnah
Malah beliau turut menegaskan, Ahmad Faizal juga perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang dilemparkannya itu.

“AMK Perak berharap agar rakyat dapat menolak parti yang mengamal politik fitnah sebagai senjata kerana jelas itulah kualiti yang ada pada Timbalan Presiden Bersatu yang ketandusan idea dan hanya berniat jahat untuk menimbulkan kekacauan dan meraih laba politik,” katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments