KERAJAAN sedang meneruskan perbincangan mengenai cadangan penubuhan Lembaga Unggas Negara yang disuarakan beberapa pihak sebelum ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, walaupun cadangan itu dapat memastikan ekosistem industri ternakan negara berfungsi dengan lebih jelas dan berkesan, namun sehingga kini belum ada keputusan mengenainya
“Itu (penubuhan Lembaga Unggas Negara) di peringkat perbincangan, kita akan teruskan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Bangunan Kilang Milagro di Melaka pada Ahad.
Terdahulu ada cadangan dari penternak ayam telur supaya lembaga berkenaan ditubuhkan bagi membantu industri ternakan.
Mereka tueut mencadangkan supaya syarikat milik kerajaan untuk terlibat 100 peratus menghasilkan anak ayam ‘day-old-chick’ atau anak ayam sehari serta makanan dedak ayam.
Mohamad Sabu ketika mengulas perkara itu berkata, apa yang lebih penting ketika ini adalah untuk memastikan bekalan ayam dan telur terus kekal dalam pasaran.
![]() |
Tumpu usaha pastikan bekalan dahulu |
Menyentuh lanjut mengenai keterjaminan makanan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga jelasnya sedang berusaha menurunkan harga sayur di beberapa kawasan yang dikatakan mengalami kenaikan harga.
0 Comments