SEMUA pihak termasuk swasta dan masyarakat awam digesa memberi kerjasama dalam menjayakan usaha menangani isu perubahan iklim.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) berkata, usaha kerajaan mengatasi fenomena yang menjadi kebimbangan global itu tidak akan dapat dijayakan secara bersendiri.
Gesaan itu disuarakan Nik Nazmi pada ucapan di Majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Program Petempatan Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) dan Think City di Putrajaya pada Selasa.
"NRECC memuji langkah dan kerjasama menerusi program adaptasi iklim pertama di Malaysia dikenali sebagai Pelan Adaptasi Iklim Semulajadi Pulau Pinang (PNBCAP) yang dicetuskan Think City pada 2019.
"Program lima tahun itu turut mendapat kerjasama Kerajaan Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) malah, PNBCAP juga sudah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM44.23 juta setakat ini," katanya.
Think City merupakan organisasi berfokuskan impak merealisasikan ruang dan bandar yang lebih berdaya mampan dan saksama.
Sementara itu ketika menyentuh kerjasama Think City dan UN-Habitat yang dimeterai, Nik Nazmin menganggapnya sebagai satu langkah penting.
Jelasnya, badan dunia itu memiliki kepakaran dalam penyelesaian berasaskan alam semula jadi dan melawan kesan perubahan iklim seperti banjir kilat dan kesan pulau haba bandar yang perlu dicontohi.
"Beberapa tahun lalu, Pulau Pinang amat terkesan dengan perubahan iklim, terutama di bahagian pulau disebabkan oleh faktor geografi dan infrastruktur, yang merangkumi tapak warisan bersejarah serta pembangunan bandar serba moden.
NRECC puji program adaptasi iklim |
Difahamkan, menerusi kerjasama itu, Think City akan bekerjasama dengan MBPP dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan menggabungkan intervensi fizikal dan pelan tindakan strategik di Pulau Pinang.
0 Comments