Kertas siasatan Presiden PAS didakwa fitnah diserahkan ke TPR


KERTAS
  siasatan berhubung kenyataan fitnah Abdul Hadi Awang yang mengaitkan Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan fahaman komunis dan anti-tuhan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur semalam berkata kertas siasatan membabitkan kenyataan berunsur fitnah itu telah diserahkan sejak tahun lalu.

“Kita masih menunggu arahan lanjut daripada pejabat timbalan pendakwa raya,” katanya.

Isnin lalu, Ahli Parlimen Marang itu hadir di Ibu pejabat Polis Daerah Sentul untuk dirakam percakapan setelah mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang PAS daripada berkuasa.

Ini susulan berhubung laporan yang dibuat terhadapnya oleh Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, pada 10 November lalu.

Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Kuala Lumpur mendakwa Presiden PAS itu mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah yang mengaitkan HARAPAN dengan fahaman komunis, anti raja serta anti tuhan dalam ceramah pilihan raya lalu.

Dakwaan itu dibuat Abdul Hadi dalam satu ceramah majlis di Temerloh.

Presiden PAS mahu kemuka bukti di mahkamah
DAP kemudian mencabar Abdul Hadi membuat laporan polis berhubung dakwaan bahawa ada pemimpin dalam HARAPAN terdiri daripada puak komunis dan menolak institusi raja.
 
Abdul Hadi kemudian berkata dia tidak akan menarik balik kenyataan itu dan bersedia mengemukakan “bukti” DAP membawa ideologi “komunis” dan “anti-tuhan” di mahkamah.

Post a Comment

0 Comments