LGBT, sekular dan komunis tak mungkin diiktiraf - PM



PERDANA MENTER
I, Datuk Seri Anwar menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa beliau menjalankan Kerajaan Perpaduan dengan cari diktaktor.

Menjawab kritikan pembangkang mengenai perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dan gabungan menyokong pembentukan pentadbiran Kerajaan Perpaduan adalah kerana pentadbirannya tidak kukuh.

"Perjanjian itu diadakan dalam kerjaan ketika itu majoritinya ketika itu terlalu kecil," jelasnya.

Presiden KEADILAN itu turut mengulas mengenai usul undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat baru-baru ini yang cuba diremehkan musuh-musuh politiknya.

Beliau menegaskan usul keyakinan itu dibuat kerana pembangkang sendiri telah mencabar dan mempersoalkan kesahihan sokongan diperolehinya.

"Usul undi percaya ini dicabar oleh pembangkang. Mereka berkata Anwar tidak mempunyai sokongan... dan dalam sistem demokrasi, cara terbaik untuk membuktikannya adalah melalui undi percaya atau undi tidak percaya.

"Jadi, saya kemukakan (usul) ini dan Alhamdulillah kami mendapat sokongan padu. Jadi, persoalan saya di mana diktatornya? Adakah saya melanggar undang-undang?"  soalnya pada program 'Naratif Khas Bersama Perdana Menteri' malam tadi.

Sementara itu Anwar turut menjawab dakwaan beliau akan mengiktiraf komuniti LGBT (lesbian, gay, biseksual, dan transgender), konsep negara sekular, dan ideologi komunis seperti didakwa beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan, Anwar menegaskan ia tidak mungkin akan berlaku dibawah pentadbirannya.

“Kadang-kadang ahli politik ini kedangkalan itu nyata, umpamanya ada yang mengatakan bahawa jika Anwar menjadi perdana menteri maka Islam akan hancur, sekularisme dan komunisme akan bertapak, dan LGBT akan diiktiraf.

"Ini hanya igauan siang hari. Sudah tentu ia tidak akan berlaku dan insya-Allah di bawah pentadbiran saya ini tidak mungkin akan berlaku," katanya.

Ditanya mengenai saman yang difailkannya terhadap beberapa individu, Anwar berkata ia adalah kerana tuduhan mereka menyentuh kuasanya sebagai pemimpin.

Anwar bidas pembohongan yang disebarkan
“Beribu-ribu tuduhan dibuat, fitnah dilemparkan dan sudah berpuluh tahun saya terima tetapi jika saya rasa terlalu banyak kerana mereka mempersoalkan kewibawaan dan kredibiliti saya sebagai pemimpin, maka mereka harus diajar bahawa kebebasan ini bukan kebebasan. memfitnah.

“…kita guna agama, lepas tu fitnah, qazaf (tuduhan), saya nak minta guru-guru mereka, ustaz (guru agama), ajar dulu sebelum ajar orang lain,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments