KPDN arah TnG tambah pusat jualan dan perkhidmatan

 



PENGENDALI Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNG) diberi tempoh satu minggu bagi menghasilkan pelan tindakan bagi menyelesaikan isu disuarakan pengguna perkhidmatan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat pasukan khas yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Azman Mohd Yusof bersama wakil syarikat itu baru-baru ini bagi membincangkan rungutan orang ramai.

Antara isu yang dibincangkan adalah isu kesukaran mendapatkan bayaran balik baki wang dalam kad TNG, penggunaan kad visa TNG bagi pembayaran tol seperti diutarakan pengguna.

Mesyuarat turut menyentuh isu kekurangan pusat jualan kad dan perkhidmatan yang membuka ruang pihak lain mengambil kesempatan dari kelemahan itu.

"TNG diarahkan untuk segera menambah bilangan pusat jualan kad dan perkhidmatan susulan rungutan orang ramai untuk mendapat kad dan peranti Smart Tag di pasaran.

"Penjualan kad TNG di platform dalam talian oleh pihak ketiga didapati pada harga berlipat kali ganda,"

"Kementerian juga mengarahkan agar syarikat itu mengeluarkan arahan kepada penyedia perkhidmatan pasar dalam talian untuk menurunkan iklan jualan kad TNG oleh pihak ketiga yang tiada kebenaran menjual," katanya menerusi kenyataan.

Selain TNG, mesyuarat itu turut dihadiri oleh pegawai dari Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia.

Langkah selesai rungutan diutarakan pengguna
Menyentuh mengenai masalah laluan di lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang tidak lancar, Salahuddin berkata, KKR sedang meneliti tempoh pelaksanaan bagi penggunaan pembayaran tol menggunakan sistem RFID sepenuhnya di semua plaza tol.

"Syarikat konsesi perlu segera menambahbaik keupayaan teknologi imbasan RFID bagi mengelakkan kesesakan," katanya.

 

Post a Comment

0 Comments