KKD tolak tuduhan k'jaan sekat kebebasan bersuara


AGENSI
media milik kerajaan dan swasta diingatkan supaya memberi khidmat terbaik demi kepentingan rakyat dan tidak menjadi dalang untuk memenuhi agenda tersembunyi pihak tertentu.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil dalam satu wawancara eksklusif bersama Bernama baru-baru ini berkata, kerajaan sentiasa menghargai peranan media.

Mereka jelasnya menjadi pihak yang membantu 'semak dan imbang' serta mengetengahkan isu berkaitan kelemahan tadbir urus supaya dapat diperbaiki.

"Asalkan inisiatifnya jelas, jenis laporan, aktiviti kewartawanan, jika itu cara berkhidmat untuk rakyat, ia akan memberi faedah kepada negara.

"Tapi apabila media mula bertindak bagi pihak lain, individu atau atas kepentingan, kami perlu menilai mereka untuk memastikan ia tidak bercanggah dengan prinsip tadbir urus yang baik," kata Fahmi yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Beliau turut memaklumkan KKD dijangka mengumumkan berita baik buat media cetak dan pengguna berita Mei ini, sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA).

Sementara itu, dalam wawancara yang sama Fahmi menafikan dakwaan pihak tertentu yang mendakwa kerajaan cuba menyekat kebebasan media secara tegas menafikan perkara itu.

Jelasnya beberapa tindakan diambil dengan kerjasama perkhidmatan media sosial adalah usaha menangani fitnah berkaitan 3R - race (bangsa), religion (agama) dan royalty (raja) - yang dimuat naik pengguna di media sosial.

K'jaan terus pertahan kebebasan bersuara
"Kami tiada niat untuk menghentikan operasi atau membendung penggunaan (media sosial) tetapi sesiapa yang melanggar undang-undang, tindakan penguatkuasaan akan diambil serta-merta.

"Contohnya, anda menulis atau memuat naik sesuatu yang bercanggah dengan garis panduan komuniti aplikasi itu. Garis panduan komuniti adalah cara aplikasi ini melaksanakan kebebasan bersuara dengan mematuhi undang-undang,"tegasnya.


Post a Comment

0 Comments