Rafizi tak campur peranan menteri untuk jawab isu politik


MENTERI EKONOMI Rafizi Ramli tidak akan mencampurkan tugas menteri dengan peranannya sebagai timbalan presiden KEADILAN untuk mengulas isu politik.

Melalui catatan di laman Facebooknya, Rafizi berkata, beliau sedar perang media sosial masih hangat dengan drama politik, tetapi tanggungjawab utama kerajaan kini adalah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Justeru beliau hanya akan menjawab isu-isu berkaitan politik selepas waktu kerja.

“Kita dibayar oleh rakyat untuk bekerja untuk negara dan kita tidak boleh menggunakan masa bekerja untuk menjalankan tugas politik kita.
 
“Di luar waktu kerja, saya akan berdepan dengan Perikatan Nasional/PAS. Saya akan menjawab isu-isu yang mereka mainkan supaya tidak berlaku pertembungan tanggungjawab sebagai menteri dan peranan saya dalam parti.

"Sudah tiba masanya kita mengubah budaya politik," katanya.

Sementara itu Rafizi turut mengkritik pembangkang yang menurutnya masih memainkan sentimen kebencian bagi meraih sokogan politik.

Mereka tegasnya perlu memahami peranan sebenar yang perlu dimainkan pihak pembangkang.

Akan guna masa sebagai Menteri sebaik mungkin


“Mereka ingat jadi pembangkang ini hanya menimbulkan sentimen kebencian.


"Mereka lupa bahawa menjadi pembangkang juga perlukan pengetahuan mengenai dasar, memantau pelaksanaan, membawa suara rakyat dengan masalah seharian mereka,” tambahnya.

Sehubungan itu tegasnya beliau akan menyelaraskan peranan aktivis dan pemimpin kerajaan perpaduan dalam memantau prestasi Perikatan sebagai pembangkang selain menyiarkan kandungan-kandungan politik bagi “mematahkan sentimen kebencian” sedia ada.
 

Post a Comment

0 Comments