PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan rasional kerajaan pimpinnya menyemak semula dan membatalkan beberapa projek seperti yang diumumkan.
Berucap dalam Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Putrajaya semalam, Anwar berkata ketika mengambil alih kerajaan pada November lalu hutang negara sudah melebihi RM1 trilion dan semakan perlu dilakukan terhadap projek-projek sebelum ini bagi mengelak ketirisan.
“Diberi mandat (jadi perdana menteri), hutang lebih RM1 trilion. Setiap agensi kita teliti, di mana bocornya, mana tirisnya dan ini bukan fitnah.
“Saya kuat meneliti fail-fail, sebab itu ada beberapa projek kita minta tangguhkan, teliti semula atau batalkan, bukan makna untuk cerca mana-mana tokoh politik,”
“Jadi bila saya lihat umpamanya dilulus dengan spontan projek tebatan banjir, syarikat-syarikat dipertikai, beberapa persoalan tidak dijawab, saya minta ditangguhkan dan diteliti semula.
"Esok (Isnin) saya ke Kementerian Kewangan, saya akan kaji, dan itu benar bukan fitnah. Memang diluluskan (projek tebatan banjir) tapi belum dilaksanakan kerana pilihan raya,” katanya.
Sementara itu tambahnya, ketirisan hanya menyebabkan rakyat miskin termasuk orang Melayu terseksa.
![]() |
Tadbir urus mesti dijalankan dengan betul |
Media sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri mengarahkan beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion dikaji semula.
Khamis lalu, bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan beliau tidak pernah menandatangani sebarang Surat Setuju Terima (SST) kepada mana-mana syarikat berhubung projek tebatan banjir.
0 Comments