"Novice' tapi fokus Fadhlina mengagumkan, kata bekas KP Pelajaran


JAMINAN diberikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk menjaga kebajikan guru termasuk memberi tumpuan pada isu bebanan tugas berlebihan dianggap satu tindakan tepat.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin melalui hantaran di laman Facebooknya berkata, beliau terkejut dengan kepimpinan ditunjukkan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu terutama beliau dianggap ‘novice’ atau ‘orang baru’ untuk memimpin sebuah kementerian.

Setelah dilantik sebagai menteri, Fadhlina menurutnya tidak tidak tergesa-gesa  mahu menonjolkan kecanggihan wawasan pendidikan dan pembaharuan, Sebaliknya berulang kali menegaskan keutamaan menambah baik proses penyampaian dan perkhidmatan pendidikan.

"Apabila secara tersurat beliau menyatakan guru adalah teras utama keberkesanan penyampaian pendidikan, saya berpendapat beliau menonjolkan keutamaan yang betul dalam konteks menambah baik keberkesanan penyampaian pendidikan.

“Oleh itu perlu dipastikan mereka diberi sokongan profesional berterusan yang sewajarnya dan memberi tumpuan kepada kebajikan termasuk tekanan yang dihadapi oleh guru,” katanya Dr Amin.

Tambahnya, beliau berulang kali meneliti rakaman dan teks ucapan Fadhlina dan percaya Ahli Parlimen Nibong Tebal itu mempunyai pemikiran melaksanakan tanggungjawab berat memimpin Kementerian yang mencabar itu dengan asas percaya (trust) dan tawaduk (humility).

Fadhlina juga pada pandangannya mempunyai kefahaman yang baik tentang tanggungjawab moral dan fungsi teras KPM apabila menekankan kepada aspek Karamah Insaniah (mengangkat maruah dan harga diri setiap orang)

Namun tegasnya, semua usaha yang mahu dijayakan menteri itu tidak akan berjaya sekiranya warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menyokong usaha yang mahu dilaksana menteri itu.

"Titik mula beliau dalam bertindak ialah berkeyakinan tinggi dengan sokongan dan kerjasama warga KPM melalui proses konsultasi dan musyawarah.

Fadhlina dianggap fokus keutamaan yang betul


“Keadaan menjadi lebih bermakna lagi apabila ada nuansa tawaduk, keupayaan bertindak berdasarkan pengetahuan dan pengalaman tetapi mengaku keterbatasannya.


“Kedua-dua percaya dan tawaduk tersebut menjadi pra syarat penting untuk menghasilkan ‘climate’ bekerja yang kondusif dan produktif,” katanya sambil mengesa warga KPM memberi sokongan penuh kepada Fadhlina.

Post a Comment

0 Comments