KERAJAAN Perpaduan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim kini boleh dianggap lengkap dan boleh mula bekerja dengan efisien.
Ia selepas Anwar mengumumkan barisan 27 timbalan menteri bagi menganggotai pasukan kabinetnya.
Dalam siaran langsung pengumuman itu malam tadi, Anwar menjelaskan kesemua mereka dipilih selepas perbincangan dengan semua ketua parti dalam kerajaan, serta mengambil kira perwakilan wilayah serta penglibatan wanita dan golongan muda.
Pencalonan mereka mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dilantik sebagai timbalan menteri kewangan.
Beberapa muka baharu termasuk bekas aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim dan bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dilantik ke jawatan itu.
Kesemua mereka dijadualkan untuk mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada jam tiga petang ini.
Beberapa timbalan menteri yang bukannya Ahli Parlimen perlu dilantik sebagai senator sebelum boleh mengangkat sumpah jawatan.
![]() |
Kabinet Anwar lebih kecil dari k'jaan terdahulu |
Berikut adalah senarai Timbalan Menteri yang dilantik:
Kewangan – Datuk Seri Ahmad Maslan
Kewangan – Steven Sim Chee Keong
Kemajuan Desa dan Wilayah – Datuk Rubiah Wang
Perladangan dan Komoditi – Siti Aminah Achih
Pengangkutan – Datuk Hasbi Habibullah
Pertanian dan Keterjaminan Makanan – Chan Foong Hin
Ekonomi – Datuk Hanifah Hajar Taib
Pembangunan Kerajaan Tempatan – Akmal Nasir
Pertahanan – Adly Zahari
Kerja Raya – Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Dalam Negeri – Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Liew Chin tong
Pendidikan Tinggi – Datuk Seri Mohamad Yusof Apdal
Sains dan Teknologi – Datuk Arthur Joseph Kurup
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Aiman Athirah Sabu
Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – Fuziah Salleh
Undang-undang dan Reformasi Institusi – Ramkarpal Singh
Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Saraswathy Kandasamy
Luar Negeri – Datuk Mohamad Alamin
Pelancongan, Seni dan Budaya – Khairul Firdaus Akhbar Khan
Alam Sekitar dan Perubahan Iklim – Hwang Tiong Si
Komunikasi dan Digital – Teo Nie Ching
Pendidikan – Lim Hui Ying
Belia dan Sukan – Adam Adli Abdul Halim
Sumber Manusia – Mustapha @ Mohamad Yunus Sakmud
Kesihatan – Lukanisman Awang Sauni
Jabatan Perdana Menteri – Datuk Wilson Ugak Kumbong
0 Comments