Adam Adli mahu pastikan badan sukan negara bebas rasuah

 


DILANTIK sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim mahu menumpukan usaha menangani amalan rasuah dalam badan sukan di negara ini.

Pada sidang media selepas melaporkan diri secara rasmi di Kementerian itu semalam, beliau berkata usaha menangani amalan rasuah penting bagi memastikan atlet dapat meningkatkan potensi sebenar mereka.

“Saya yakin pengamal media yang membuat liputan tentang sukan tahu sangat masalah ini … ia masalah dalaman sebenarnya sebab saya percaya ia bukan tentang prestasi atlet.

“Kita ada ramai atlet bertaraf dunia yang berjaya bawa emas untuk negara di kejohanan antarabangsa, tetapi selalunya bila kita meneliti secara mendalam, ia berkaitan isu korupsi, jadi kita perlu menguruskan isu ini,” katanya.

Tanpa mengulas lanjut mengenai isu rasuah dalam badan sukan negara itu, Adam menyatakan hrapan supaya sektor sukan di negara ini tidak lagi akan dianaktirikan selepas ini.

Usaha atasi rasuah mampu lonjak sektor sukan


Ketika ditanya mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh persatuan-persatuan sukan ketika ini, Adam berkata segala perkara itu akan diteliti dengan sebaiknya.


“Kita kini dalam proses transisi. Dasar keseluruhan kerajaan pada masa sekarang ialah memperbaiki yang lama dan pastikan ke hadapan nanti tiada kerosakan yang berlaku,” kata Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu.

Post a Comment

0 Comments